Tuesday, January 25, 2011

tQ SKMM @ MCMC

Nak tahu SKMM tu ape?? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau dalam bahasa omputeh nye MCMC- Malaysian Communications And Multimedia Commission..nak tahu lebih lanjut pasal SKMM ni...korg google sendiri lah eh...kang xcukup tempat pakcik nak cerita pulak..

#Tp yg sure SKMM ni pat aku nak renew lesen radio amatur aku atau lebih tepat lagi peruntukan radas aku..(cam gambo yg kat sebelah tu - refer to my blog)

Nak tahu asal aku berterima kaseh kat SKMM@MCMC ni..meh tgk kronologi ini:-

# 1 Jan 2011 - Celcom dengan baik hati nya menghantar msg pada 10pm dengan menyatakan bill hp aku sudah mencecehi limit penggunaan atas sebab penggunaan data 3G (atau name lain die, guna internet kat hp lah)..sedangkan pada hari itu aku keluar bersama2 rakan n yg tersayang (ceh..poyo je tu) dan hp aku tertinggal kat umah...

# 2 Jan 2011 - 12.01am aku tiba dirumah, dan dgn penuh keteperanjatan aku melihat msg yg Celcom anta..lalu mula lah detik kesedihan berlaku. dah over limit ape lagi...kene bar lah..adoii

# sesuatu tarikh selepas 3 Jan 2011 - Dengan langkah bergaya sambil membetulkan rambut yg ditiup angin aku berjalan ke pintu masuk Celcom kuala Lumpur. hampir sejam setengah aku tggu turn. bila di kaunter aku tanye awek celcom tu. die kata xleh wat pape...aku kene bayar gak tuk bukak line aku balik. die kata die cume leh wat aduan ke pihak mane ntah...dalam organisasi Celcom gak lah...dalam hati terdetik...cam dah xde harapan je...lalu dengan kesedihan aku mengesot keluar dari bangunan tu...hukhukhuk

# 12 Jan 2011 - Di suatu petang, aku melayari laman sesawang skmm ni...aku ke ruangan aduan dan aku mulakan menaip perkataan demi perkataan untuk mengadu masalah aku ni...seb baik secara dalam talian (online lah bak kata budak sekarang..aku dah dewasa...hehhee) je..lalu beberapa minit kemudian...skmm relpy email aku yg die kata (kata ke...tulis je kot..hheheh) due dah fwd kan aduan aku ke pihak Celcom..dengan harapan ianya di ambil serius oleh pihak celcom...tp kalo x! nak wat camne kan...aku cuma pengguna je...

# 24 Jan 2011 - Pihak celcom telah call aku pada 4.30pm yang mengatakan die dah tolak balik caj yg dikene kan. ape lagi..kegumbiraan lah aku...huhuuhu

#pape pun sebillion terima kasih aku kat SKMM atas keperihatinan masalah yg aku hadapi...kita pengguna..kita ade kuasa sebagai pengguna..gunakan channel yg betul dan bersesuian jika mempunyai masalah dah kesukaran...

#sekadar ingin berkongsi info..jika ada rakan2 atau pembaca yg pernah terkena atau bakal terkena..ingat kita ada saluran sebagai pengguna...hehehhe

Thursday, January 20, 2011

Dan bila ianya...

suatu ketika
bila kegagalan hadir tanpa ku duga
aku terduduk dan tersentak
aku bersendirian tanpa teman
lantas terlintas
kegagalan berlaku kerana ada sandarannya
aku cuba bangkit
perlahan lahan ku melangkah
bersama org yg ku sayang
yg sentiasa memberi harapan
cuba untuk aku tidak memandang ke belakang
berbekal hati yg cekal
dan pendirian yg baru
aku memburu masa depan ku
bersamanya

# ramai yang akan sudi mendengar segala masalah/kesukaran/kesulitan yang kita alami..dan mereka akan bergembira/seronok kerana kita mempunyai masalah tersebut selepas mereka mendengar ape yg kita alami....
-petikan dari majalah (lupa majalah ape yg aku bace)

# jangan salahkan sesiapa samaada kawan, keluarga mahupun orang disekeliling kita. semua kerana diri kita sendiri. bermula dari dalam diri.
-petikan dari buku "langkah pertama untuk berjaya" (yg ni pun lupa sapa pengarang nye..sbb curi2 baca kat MPH)