Tuesday, January 25, 2011

tQ SKMM @ MCMC

Nak tahu SKMM tu ape?? Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau dalam bahasa omputeh nye MCMC- Malaysian Communications And Multimedia Commission..nak tahu lebih lanjut pasal SKMM ni...korg google sendiri lah eh...kang xcukup tempat pakcik nak cerita pulak..

#Tp yg sure SKMM ni pat aku nak renew lesen radio amatur aku atau lebih tepat lagi peruntukan radas aku..(cam gambo yg kat sebelah tu - refer to my blog)

Nak tahu asal aku berterima kaseh kat SKMM@MCMC ni..meh tgk kronologi ini:-

# 1 Jan 2011 - Celcom dengan baik hati nya menghantar msg pada 10pm dengan menyatakan bill hp aku sudah mencecehi limit penggunaan atas sebab penggunaan data 3G (atau name lain die, guna internet kat hp lah)..sedangkan pada hari itu aku keluar bersama2 rakan n yg tersayang (ceh..poyo je tu) dan hp aku tertinggal kat umah...

# 2 Jan 2011 - 12.01am aku tiba dirumah, dan dgn penuh keteperanjatan aku melihat msg yg Celcom anta..lalu mula lah detik kesedihan berlaku. dah over limit ape lagi...kene bar lah..adoii

# sesuatu tarikh selepas 3 Jan 2011 - Dengan langkah bergaya sambil membetulkan rambut yg ditiup angin aku berjalan ke pintu masuk Celcom kuala Lumpur. hampir sejam setengah aku tggu turn. bila di kaunter aku tanye awek celcom tu. die kata xleh wat pape...aku kene bayar gak tuk bukak line aku balik. die kata die cume leh wat aduan ke pihak mane ntah...dalam organisasi Celcom gak lah...dalam hati terdetik...cam dah xde harapan je...lalu dengan kesedihan aku mengesot keluar dari bangunan tu...hukhukhuk

# 12 Jan 2011 - Di suatu petang, aku melayari laman sesawang skmm ni...aku ke ruangan aduan dan aku mulakan menaip perkataan demi perkataan untuk mengadu masalah aku ni...seb baik secara dalam talian (online lah bak kata budak sekarang..aku dah dewasa...hehhee) je..lalu beberapa minit kemudian...skmm relpy email aku yg die kata (kata ke...tulis je kot..hheheh) due dah fwd kan aduan aku ke pihak Celcom..dengan harapan ianya di ambil serius oleh pihak celcom...tp kalo x! nak wat camne kan...aku cuma pengguna je...

# 24 Jan 2011 - Pihak celcom telah call aku pada 4.30pm yang mengatakan die dah tolak balik caj yg dikene kan. ape lagi..kegumbiraan lah aku...huhuuhu

#pape pun sebillion terima kasih aku kat SKMM atas keperihatinan masalah yg aku hadapi...kita pengguna..kita ade kuasa sebagai pengguna..gunakan channel yg betul dan bersesuian jika mempunyai masalah dah kesukaran...

#sekadar ingin berkongsi info..jika ada rakan2 atau pembaca yg pernah terkena atau bakal terkena..ingat kita ada saluran sebagai pengguna...hehehhe

Thursday, January 20, 2011

Dan bila ianya...

suatu ketika
bila kegagalan hadir tanpa ku duga
aku terduduk dan tersentak
aku bersendirian tanpa teman
lantas terlintas
kegagalan berlaku kerana ada sandarannya
aku cuba bangkit
perlahan lahan ku melangkah
bersama org yg ku sayang
yg sentiasa memberi harapan
cuba untuk aku tidak memandang ke belakang
berbekal hati yg cekal
dan pendirian yg baru
aku memburu masa depan ku
bersamanya

# ramai yang akan sudi mendengar segala masalah/kesukaran/kesulitan yang kita alami..dan mereka akan bergembira/seronok kerana kita mempunyai masalah tersebut selepas mereka mendengar ape yg kita alami....
-petikan dari majalah (lupa majalah ape yg aku bace)

# jangan salahkan sesiapa samaada kawan, keluarga mahupun orang disekeliling kita. semua kerana diri kita sendiri. bermula dari dalam diri.
-petikan dari buku "langkah pertama untuk berjaya" (yg ni pun lupa sapa pengarang nye..sbb curi2 baca kat MPH)

Saturday, August 28, 2010

CQ...calling for all Fox Hunters!!!!!!

Pengumuman....pengumuman....ibu2 bapak2....n to all HAM.....
sekian lama menyepi event ini di malaysia, last bulan january hari tu di UTM johor...
julung kali nya MARC - Melacca Amatuer Radio Community bakal mengadakan event tahunan seperti biasa tuk activity riadah sihat untuk seluruh warga HAM dan juga SWL..

Event Date : 26/09/2010 (Sunday)
Registration : 7:30am-9:00am
Hunting Time : 9:30am-12:30pm
Hunt Result : 2:00pm
Starting Point : Menara Taming Sari

Mode of Transmission : A2A

Hunting Location:
The venue is located in the heart of the Melaka historical city & the starting point is the "Menara Taming Sari". The hunting area is about 3KM radius from the starting point.

*barang kali ini view tuk mencari Fox yg tersembunyi*

Registration fee:
RM30.00 for those who register before 19/09/2010. After which it will be RM40.00 ,likewise the walk-in registrations.

Fox Hunt Prizes
First Prize : RM300.00 + Gold Trophy
Second Prize: RM200.00 + Silver Trophy
Third Prize : RM100.00 + Bronze Trophy
Consolation Prize: Mysteries Gift

p/s:
Home brew equipments are encouraged to show the true spirit of Radio Amateur.

For more infomations of payment method, Fox Hunting Rules and accomodation,
http://marc.server.net.my/

Monday, August 9, 2010

Kronologi kehadiranmu

setahun sekali ianya datang menjenguk kita...
pelbagai perasaan dihati untuk menyambutnya...
ada yang menantikan dengan sejuta harapan ...
ada juga berbicara dihati "dah start nak puasa ke???"...
apa2 pun,,sebagai muslim yang cukup syarat nye...
kalian adalah wajib tuk menunaikan nya...

bermulanya epilog kehadiran nye bila saat ni berlaku ketika sedang menonton television...menunggu kata2 keramat penyimpan mohor besar raja2 melayu......

mesti sangat fimiliar wajah ini bagi seluruh rakyat malaysia dan jajahan takluknya...mane tak nye..aku rase dari kecik sampai sekarang hanya wajah ini yang muncul di TV tuk cakap esok puasa...berapa kebarangkalian dia akan cakap esok puasa?? atau lusa puasa??? xperna kira kan...hehhe..sama lah kite..

lepas tu mula lah ragam2 org berpuasa ni...ada yg curi2 makanlah...curi2 minum lah...tp kan, korg perasan x?? kalo time puasa ni, kite curi minum air paip...nape x selseme ek??? cam hari2 biasa kalo kite lakukan???? persoalan juga tu???

macam2 taktik mase puasa ni akan datang dengan sendirinya...ada yang sanggup tido seharian dan macam2 lagi lah...

kalo budak kecik xpe lah...ni yang dah bapak org pun ade??? hehhehe....ape2 pun bulan ramadahan kali ini kite same2 berharap ianya kan jadi yang lebih baik dari ramadhan2 yang terdahulu..bulan yang dikatakan bulan keinsafan...maka cari lah sumber2 pahala yang banyak2 nya mase bulan ramadhan ini...

air mata sering kali menemani keinsafan diri untuk menjadi yang lebih baik di sisi tuhan maha pencipta...bagi ku diperantauan amat sedih tuk bersahur bersama keluarga...berbuka bersama..ke masjid bersama2..

gamba pelita ni aku suka sangat...bagai menceritakan pelbagai perasaan...teringat waktu kecik2...cantik diwaktu malam...lagi seronok kalo semua jiran2 pasang gak...xtahu kenapa aku rasa macam pilu dan sedih berbaur gembira bila melihat gamba pelita ni...

kepada sekalian pembaca, aku ucapkan selamat menyambut ketibaan ramadhan...pesanan dari aku n penaja2 gambar diatas:

puasa!! jgn x puasa



Friday, July 9, 2010

Siswazah Perantis PUNB

salam rakan wat rakan2 semua...saja nak share info pasal program PUNB ni
bagus tuk yg sape yg berminat menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan
sedikit sebanyak pasal info ni..

Program Siswazah Perantis PUNB

Usaha Kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah merupakan satu daripada matlamat teras pertama Bajet Mini ransangan ekonomi yang diumumkan pada Mac 2009. Sehubungan itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad mewujudkan Program Siswazah Perantis PUNB untuk membantu golongan siswazah mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor). Semua pemegang ijazah, diploma dan sijil kemahiran tahap 2 yang menyertai program ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Peserta program (Perantis) berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja yang mahir. Program ini bukan sahaja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan.

Syarat Kelayakan

  1. Bumiputera berumur tidak melebihi 30 tahun semasa memohon.
  2. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari institusi yang diiktiraf kerajaan.
  3. Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan.
  4. Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.

Perantis

  1. Perantis diberikan elaun sara diri bulanan sepanjang program.
  2. Tempoh latihan ialah 6 bulan atau 1 tahun bergantung kepada bidang perniagaan.
  3. Perantis berpeluang mendalami selok belok perniagaan disamping latihan teori dan amali keusahawanan serta kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.
  4. Jika memenuhi syarat, perantis layak mendapat pembiayaan khususnya Skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri.

Mentor

  1. Sebahagian besar mentor terdiri daripada syarikat dan perniagaan naungan PUNB.
  2. Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
untuk makluman lanjut sila layari web yang aku kreditkan kat bawah ni
catatan asal : http://www.punb.com.my/