Friday, July 9, 2010

Siswazah Perantis PUNB

salam rakan wat rakan2 semua...saja nak share info pasal program PUNB ni
bagus tuk yg sape yg berminat menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan
sedikit sebanyak pasal info ni..

Program Siswazah Perantis PUNB

Usaha Kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah merupakan satu daripada matlamat teras pertama Bajet Mini ransangan ekonomi yang diumumkan pada Mac 2009. Sehubungan itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad mewujudkan Program Siswazah Perantis PUNB untuk membantu golongan siswazah mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor). Semua pemegang ijazah, diploma dan sijil kemahiran tahap 2 yang menyertai program ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Peserta program (Perantis) berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja yang mahir. Program ini bukan sahaja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan.

Syarat Kelayakan

  1. Bumiputera berumur tidak melebihi 30 tahun semasa memohon.
  2. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari institusi yang diiktiraf kerajaan.
  3. Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan.
  4. Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.

Perantis

  1. Perantis diberikan elaun sara diri bulanan sepanjang program.
  2. Tempoh latihan ialah 6 bulan atau 1 tahun bergantung kepada bidang perniagaan.
  3. Perantis berpeluang mendalami selok belok perniagaan disamping latihan teori dan amali keusahawanan serta kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.
  4. Jika memenuhi syarat, perantis layak mendapat pembiayaan khususnya Skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri.

Mentor

  1. Sebahagian besar mentor terdiri daripada syarikat dan perniagaan naungan PUNB.
  2. Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
untuk makluman lanjut sila layari web yang aku kreditkan kat bawah ni
catatan asal : http://www.punb.com.my/

No comments:

Post a Comment